Dengan Nama Allah yang Maha Mengetahui.
"Malam ini ada mesyuarat JKM..." aku membaca bait pesanan ringkas yang kuterima tersebut. Ketika itu, kami masih dalam perjalanan untuk balik ke IPG dari Tambunan. Walaupun pandanganku kuhalakan pada pemandangan hijau pada alam sekeliling, namun fikiranku melayang. Pelbagai perkara bermain-main dalam fikiranku.
Sekali lagi, aku merenung mesej tersebut. Kuakui, dalam keadaan seluruh badanku yang masih sakit-sakit akibat "kemalangan kecil" kelmarin pastinya aku merasa berat untuk menghadirkan diri ke mesyuarat malam ini. Tapi, kontranya kali ini, ada semangat yang membuak-buak dalam diriku untuk bertemu dengan sekalian rakan seperjuangan. Mungkin juga kerana masih lagi disapa "angin program" yang baru sahaja tamat tengahari tadi, setelah berkampung selama tiga hari dua malam. Sebuah program yang menuntut sebuah semangat untuk memberi semangat kepada adik-adik biarpun semangat diri sendiri berada dalam tahap yang minima.
Kem Syabab Muslim itu mencatatkan seribu satu pengalaman dan ilmu yang menjadi bekal buat kami untuk meneruskan kehidupan yang kian mencabar. Istimewanya kem ini, bukan setakat para peserta, malahan diriku sendiri yang diberi amanah untuk menjadi fasilitator turut disuntik semangat baru. Beberapa sahabat yang bersama-samaku juga turut meluahkan perkara yang sama.
"Biarpun penat, tapi dalam kepenatan itu pastinya ada kemanisan" Itulah kata-kata yang sering diulang-ulang oleh ketua fasi kami, Ust. Idris dari saat pertemuan pertama dengan beliau pada tahun 2009 sehingga kini. Kuakui, kata-kata itu seakan-akan menjadi penawar apabila keletihan melanda diri sepanjang program. Apatah lagi, dalam apa pun program, "tidak ada istilah tidur lena, makan kenyang dan mandi basah" kerana hakikatnya, dalam program, setiap orang akan diprogramkan.
Selepas solat Isya' berjemaah..
Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul kitab, al-Fatihah...
Sedetik demi sedetik masa berlalu bersama-sama dengan lontaran kata-kata dan pelbagai reaksi setiap yang hadir.
Bagiku, mesyuarat kami malam ini bertukar menjadi sesi muhasabah apabila mendengar pandangan dan luahan yang disampaikan oleh rakan-rakan seperjuangan, yang semuanya membawaku berfikir. Dalam banyak-banyak luahan tersebut, aku terkesan dengan apa yang disampaikan oleh seorang senior yang amat kuhormati, mengenai keutamaan dalam membuat pilihan. Ada waktunya, kita tersepit di antara tanggungjawab di kampus dengan tanggungjawab yang menanti di rumah. Setiap keputusan yang kita lakukan pasti ada pro dan kontranya. Terpulang pada diri untuk mentafsirkannya.
Memetik kata-kata yang diungkapkan oleh Mother Theresa, apabila diminta pandangan beliau berkaitan isu sosial yang semakin meruncing dari hari ke sehari. Cukup Simple. Beliau menasihati "Apa yang penting ialah setiap orang balik ke pangkuan keluarga masing-masing, dan sayangi setiap ahli keluarga masing-masing". Pointnya, setiap orang kena sedar bahawa masing-masing mempunyai peranan dalam keluarga masing-masing.
Itulah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.aw, manusia yang paling sibuk tapi masih sempat berlumba lari dengan Saiditina Aisyah r.a...MasyaAllah. Semua itu hanya berlaku apabila kita mampu untuk tersenyum dalam kemelut yang melanda diri. Malah, kita mampu bersabar dan berlapang dada ketika ingin meledakkan kemarahan sebagai gambaran diri yang keletihan.
"Masalah kerja jangan bawa ke rumah, masalah rumah jangan bawa ke tempat kerja", kata-kata ini menjadi satu slogan ketika aku bekerja sambilan di farmasi Fawwaz dahulu. Ketika itu, apa yang mampu kufahami, biar teruk macamana kena marah dengan "bos" tapi, bila datang pelanggan kena sambut dengan senyum. Percayalah, biarpun hati sudah tinggal separuh, tapi, itulah ubat yang paling mujarab untuk terus bertahan demi sesuap nasi. Kini, aku mengakui, hanya dengan belajar menelan pahitnya ujian, kita akan mampu merasai manisnya iman.
Pernah juga, aku berbicara berkaitan hal ini dengan seorang naqibahku, mengenai keutamaan untuk memilih antara aktiviti kampus atau balik ke kampung. Namun, pada waktu itu, aku sendiri masih tercari-cari formula untuk merealitikan ilmu yang kuperolehi dan diterapkan dalam diri adik-adikku. Pada waktu itu, aku beranggapan, jika aku balik, hanya akan berakhir dengan kesia-sian. Lantas, aku memilih untuk menjalankan tanggungjawab di sini dan dalam masa yang sama berharap mendapat sesuatu untuk kubawa pulang.
Di sini, sedikit demi sedikit, aku memberanikan diriku untuk belajar menyayangi sahabat-sahabatku. Satu perkara yang paling aku takuti selama ini kerana pengalaman-pengalaman lalu yang banyak meninggalkan kesan dalam diriku, apabila aku mulai menyayangi, pasti ianya akan berakhir dengan perpisahan. Rupa-rupanya, dalam tidak sedarku, tindakanku itu menyebabkan wujud jurang kasih sayang antaraku dengan kadik-adikku.
Sehinggalah, apabila aku mengubah persepsiku mengenai hukum kasih sayang. Perubahan-perubahan itu rupanya disedari oleh adik perempuanku sehingga aku menangis sendiri apabila membaca luahan hatinya. Betapa selama ini, tanpa kusedari pada pandangan adik-adikku, aku adalah seorang kakak yang keras, kaku dan banyak hidup dalam duniaku sendiri. Sehingga mereka menuruti kata-kataku bukan dengan kerelaan tapi kerana terpaksa. Dan, keberaniannya untuk meluahkan semua itu bermula apabila melihat aku belajar untuk mendengar dan memahami dirinya.
Pedih, satu hal. Kesal, satu hal. Terasa aku telah gagal memahami adik-adikku. Bagiku selama ini, aku telah cukup menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang kakak dengan menjaga makan minum dan keperluan asasi mereka. Namun, rupa-rupnya aku terlepas pandang satu lagi keperluan. Keperluan untuk memberikan mereka kasih sayang. MasyaAllah. Walaupun banyak yang aku terlepas dengan mereka, namun, aku bersyukur kerana Allah masih memberi peluang. Walaupun agak lewat, tapi sekurang-kurangnya adik-adikku masih bernyawa. Sekurang-kurangnya aku masih ada kesempatan untuk memulakan segalanya semula dan memperbaiki keretakan itu. Itulah yang membuatkan aku tidak henti-henti bersyukur atas segalanya yang diberikan Allah s.w.t ini.
Aku berpegang dengan kata-kata bahawa, selagi kita masih bersama, itu tandanya Allah ingin kita berusaha untuk mengatasinya. Iya, peluang itu masih ada kerana kami masih bernafas. Peluang yang jika kusia-siakan lagi akan membuatkan aku kehilangan adik-adikku untuk seluruh kehidupanku. Mungkin bukan secara fizikal, tapi dari segi hubungan hati. MasyaAllah. Kepada Allah jua segala puji-pujian.
Mesyuarat ini juga menyaksikan linangan air mata beberapa orang sahabat disebabkan "hal yang amat menyayat hati itu". Namun, aku tidak menyalahkan sesiapa. Aku sendiri merenung ke dalam diri...
Apakah yang telah kuperolehi selama ini?
Persoalan ini aku tanyakan ke dalam diriku, saat mendengar "hal yang amat menyayat hati itu". Di sini, aku bukan setakat menimba ilmu untuk akademik, tapi, di sini aku belajar untuk menjadi seorang manusia. Iya, jangan kerana hal-hal yang kecil yang telah berlalu, "hal yang amat menyayat hati itu" menjadi taruhannya.
Lihatlah dengan pandangan kasih sayang. Tanyalah hati masing-masing, apakah sebenarnya yang kita perlukan dalam hidup ini? Cukupkah dengan menerima sahaja tanpa pernah ingin memberi. Tanyalah!
Apakah formula penting dalam ukhuwah?
Kesimpulan yang dibuat oleh kak yati bagiku cukup untuk menyelesaikan segalanya,
"Serendah-rendah ukhuwah ialah berbaik sangka dan setinggi-tinggi ukhuwah ialah bersedia untuk memberi, berkorban dan membahagiakan orang lain". Wallahualam.
Live here for hereafter

Cinta tanpa pengorbanan adalah fantasi semata-mata!
With Lots of Love,Live here for hereafter
5 comments:
"I will love you although you don't love me..."
=)
to iyrenne..
U are also the person whom I love!
U know that, right?
yeap.. i know that kak musafir kehidupan.. just i remembered of someone that i love but she doesn't know i love her... :)
from that moment, i told myself to love someone although he/she doesn't... (^^ ,)v
everything happens for some reason. depends to us to find out the secret behind it. hoho... pandai jak aku kasi nasihat orang padahal sendiri pun bermasalah ni kak. haha. haishh...
h.a.d.i
Yap, betul tu hadi...
takpa, adakalanya dengan memberi nasihat kepada orang, kita akan memperolehi ketenangan..insyaAllah. Semoga Allah rahmati kita semua...
Post a Comment