"Sebuah cerita yang diakhiri dengan kesedihan atau penderitaan bermakna cerita itu belum berakhir..."
Setiap orang pasti mempunyai cerita. Cerita yang adakalanya digelar sebagai kisah silam. Tidak kisahlah, kisah silam itu yang indah-indah atau yang penuh dengan air mata. Setiap cerita itulah kehidupan kita kerana apa yang kita ada hari ini, hanyalah sebuah memori.
Tanpa kita sedari, cerita kita sebenarnya adalah diri kita. Apa yang pernah berlaku ke atas kita itulah yang menentukan siapa kita hari ini. Namun, sahabatku...Janganlah menilai seseorang daripada kisah silamnya. Apa yang sudah berlalu itu, biarlah berlalu. Dengan itu, kita akan lebih berani untuk mencipta cerita baru hari ini. Cerita yang pastinya lebih baik dari semalam. Janganlah terlalu difikirkan andai ianya hanya mengindang kekesalan yang tidak berkesudahan. Kerana, setiap apa yang berlaku itu pasti ada sebabnya. Hikmahnya, mungkin bukan hari ini. Mungkin juga bukan hari esok, atau lusa,tapi kita pasti akan menyedarinya kelak. Hanya Allah yang tahu bilakah saatnya itu akan tiba...
"Dia terlalu baik..susah nak lupa"kata seseorang padaku.
"Memanglah dia baik, tapi belum tentu lagi dia terbaik buat kita...Kita tidak tahu, Allah yang tahu, Usahlah mengenang kisah silam dengan keterlaluan kerana ianya boleh mengundang kesedihan dan keputus asaan...." demikianlah jawapan abangku apabila aku mengajukan perkataan sahabatku itu..
Adakalanya, kita dipertemukan dengan orang yang salah agar apabila kita bertemu dengan seseorang yang benar-benar diciptakan buat kita, kita akan lebih menghargainya.
Hakikatnya, cerita-cerita kita itu hanya akan menjadi berguna andai dengan cerita kita, kita mampu membawa orang lain dan yang lebih penting hati kita sendiri, untuk lebih mengingati Allah s.w.t...
Dari Allah kita datang, kepada-Nya juga kita dikembalikan.
Masih mencari diri yang hilang...
2.33 p.m
Sabur
2 comments:
Penderitaan di dunia akan berakhir.
Tetapi derita di neraka tak ada penghujungnya.
Adakah cerita itu belum berakhir?
To M. Bijen
MasyaAllah. Yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya.
Terima kasih atas persoalan itu. Mendalam maknanya.
sebagai pencerahan, cerita yang saya sentuh di sini adalah cerita di dalam sebuah penceritaan di dunia sahaja.
Manakala, Cerita di akhirat adalah abadi...
Terima kasih kerana menyedarkan saya sesuatu yang saya terlepas pandang. "Derita di neraka adalah buat selama-lamanya..."Wallahualam
Post a Comment