Saturday, April 30, 2011

Ibrah Dari Kehidupan: Ceramah-ceramah agama

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui segalanya..sama ada yang tersembunyi atau yang terzahir...Salam dan selawat sebagai tanda kita mengingati insan yang paling agung ini...

Wahai saudara muslimin yang dikasihi Allah, wahai saudari muslimah yang disayangi nabi...Bangunlah, umat memerlukan kita. Teruskanlah perjuangan baginda- Ust.Kamaruddin

Topik perbincangan: Ceramah ilmu Agama

Ceramah agama. Setiap kali dua perkataan ini hinggap di cuping telinga, bibir akan mengeluh. Itu kebiasaan. Jadi, mari kita lari dari kebiasaan itu...mari kita riangkan hati. Kerana, ianya adalah nikmat yang tidak semua orang berpeluang dan bernasib baik untuk mendapatkannya.

Mari renung sejenak~

Pertama. Siapakah yang paling menyukai majlis ilmu ni? Tidak mungkinlah syaitan kan? Naa..dengan itu, kita telah menjadikan dia musuh kita. Tapi, yang paling penting...ianya disukai oleh orang-orang yang baik (Baca: Para nabi dan golongan yang mengikutinya). Dan bukankah Allah menyukai orang-orang yang baik dan yang melakukan kebaikan?

Kedua. Apa yang kita dapat dari majlis ilmu ini? Soalan bonus ni. Of courselah ilmu,kan... Tapi, jangan lupa..ada tetamu istimewa yang menaungi majlis-majlis ilmu ni (Baca: malaikat yang sentiasa taat akan perintah Allah). Mereka akan mendoakan kita...Bukan semua orang dapat ni. Then, dengan menghadirkan diri ianya akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil (P/s: Dosa kecil pun tapi kalau dah banyak, jadi besar lah juga, kan?)

Ketiga. Mengapa perlu hadir ke Majlis ilmu ini? Kita semua sedia maklum surah pertama yang diturunkan adalah surah al-'Alaq. Ayat pertama: (Wahai Muhammad!) Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (seluruh makhluk). Erm, apa kaitan antara "baca" dengan "dengar" kat majlis ilmu...?

Cuba perhatikan orang-orang yang menyampaikan ceramah ni, bagaimanakah orangnya? Tidak mungkin mereka akan bercakap di hadapan sekiranya mereka tidak ada ilmu mengenai apa yang diperkatakan itu. Tapi, sebenarnya... kita sedang mengaut lautan ilmu yang pelbagai. Bayangkanlah, apa yang diperkatakan oleh penceramah itu sebenarnya mengambil masa yang agak panjang untuk dia mengetahuinya, dan proses itu disimpulkannya dalam masa beberapa ketika sepanjang ceramahnya. Senang cerita, kita tidak akan mampu untuk melalui segala pengalaman, tapi kita boleh belajar dari pengalaman orang lain. Kemudian, kajian-kajian yang dibuat juga bukan sedikit masa yang digunakan untuk menghabiskan beberapa buah buku, tapi kita yang mendengar mendapatnya dalam masa yang cukup singkat. Itupun dengan hanya duduk.

Cukupkah sekadar duduk? Jangan. Otak kita bukannya perakam suara. Kita ni pelupa. Tulislah. Pepatah cina ada menyebut, "Dakwat yang kabur itu lebih baik dari ingatan yang paling kuat (Kecuali golongan yang terdahulu)"...Apa yang kita dengar itu, siapa tahu akan berguna dalam kehidupan di masa akan mendatang...

Semasa mendengar ceramah baru-baru ini, anjuran Hidayah Centre, aku terkesan dengan kata-kata penceramah2 jemputan...lalu kusimpulkan disini,

Dalam kita berdakwah, ingatlah...kita hanya menyampaikan. Itu yang diperintahkan. Sedangkan yang memberikan hidayah itu adalah Allah s.w.t... Ucapkanlah dengan kata-kata yang baik. Sekiranya kita ingin berdakwah, jangan lupa..senjata yang paling ampuh ialah "contoh tauladan"..Contohilah akhlak Rasulullah s.a.w....Yang paling penting, segala teori kena amalkan. Mantapkan diri dengan "Kuatkan Iman. Tambahkan Ilmu. Tambahkan Amal"..

Harus juga diingat, Dakwah jangan bergerak seorang diri...kita bukanlah pemula, bukan juga pengakhir..tapi kita adalah rantaian-rantaian dakwah. Jadi, jangan pernah merasa bersendirian. Ajaklah manusia ke arah jalan yang lurus kerana-Nya, nescaya kita tidak akan mudah putus asa. Kerana kita yakin, Allah tahu apa yang kita lakukan...Allah tidak melihat hasil, tapi usaha yang dilaburkan. "Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti akan menolongnya..Bukankah Allah adalah sebaik-baik penolong"

Kemudian, sentiasalah bersyukur dengan nikmat kefahaman yang diberikan Allah s.w.t ini. Sekiranya dakwah berjaya, pujilah Allah dengan sebanyak-banyaknya. Segalanya adalah atas keizinan dari-Nya. Semuanya kerana Allah mengizinkan kita berada di sini. Apakah yang lebih indah selain membayangkan Islam diterima oleh semua manusia. Apakah yang lebih menyedihkan daripada melihat saudara-saudari kita akan menjadi bahan bakar api neraka. Seksanya..MasyaAllah. Sedangkan kepanasan api di dunia pun kita tidak dapat tahan, inikan lagi di sana yang berkali-kali gandanya....

Sahabatku, Islam tidak perlukan kita untuk kelihatan mulia, tapi kitalah yang memerlukan Islam untuk menjadi mulia di dunia apalagi di akhirat kelak.

Sahabatku, janganlah bertangguh lagi kerana masa yang kita ada hanyalah seketika. Mengapa kita mampu tertawa sedangkan masih banyak lagi orang yang menangis kerana tidak pernah berpeluang mengenali kasih sayang Allah...

No comments: